My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 14 March 2016

    Penyembelihan Dan Pemprosesan Makanan Di McDonald's Yang perlu Anda Ketahui



    Dalam menyediakan makanan berasaskan daging di Malaysia, ianya harus mendapat perakuan halan dan penyembelihan yang dilakukan juga, harus menurut syarak. Sebarang rasa was-was haruslah diketepikan kerana, penyedia makanan segera seperti McDonald's, amat menitik beratkan penyediaan makanan yang mengikut syarak yang ditetapkan oleh Islam.

    Ini ditambah lagi dengan kehendak rakyat di negara ini yang sentiasa menitik beratkan faktor kebersihan dan halal untuk setiap makanan yang mereka beli dan untuk menjamu selera. Dalam hal ini, pihak McDonald's sentiasa mendapat khidmat nasihat yang terbaik daripada mereka yang arif dalam penyediaan makanan halal.

    Ustaz Khairuddin, adalah salah seorangd daripada Penasihat Bebas Halal McDonald's Malaysia. Beliau sentiasa memantau dan menasihati pihak McDonald's dalam menyediakan makanan halal untuk dinikmati oleh semua pelanggan McDonald's di seluruh negara.

    Berbicara tentang hal ini, Ustaz Khairuddin menjelaskan, semua sembelihan makanan untuk McDonald's adalah berpandukan kepada nas Al-Quran yang sentiasa menjadi penanda aras bagi McDonald's dalam mengenal pasti status halal sesuatu makanan.

    Beliau juga turut mengakui, telah melihat segala proses penyembelihan, penyediaan dan pembekalannya dan beliau begitu yakin, pihak McDonald's telah mematuhi segenap aspek yang telah ditetapkan oleh syarak.

    Oleh yang demikian, beliau tanpa ragu-ragu memperakui bahawa segenap aspek penyediaan makanan di McDonald's adalah menepati piawaian dan beliau juga memberi jaminan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan tentang status halal di McDonald's.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penyembelihan Dan Pemprosesan Makanan Di McDonald's Yang perlu Anda Ketahui Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top