My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 15 March 2016

    Israel Sekat Menteri Luar Indonesia Lawat Tebing Barat


    Pihak berkuasa Israel kelmarin enggan membenarkan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi melawat wilayah Tebing Barat yang diduduki rejim Zionis di mana beliau dijadualkan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Palestin, kata Kementerian Luar Palestin. 

    Pihak berkuasa Israel mengawal laluan masuk ke Tebing Barat yang turut me­nempatkan pusat pentadbiran Palestin di bandar Ramallah. Retno sepatutnya berbincang bersama rakan sejawatnya, Riad Al-Malki dan Pre­siden Palestin, Mahmoud Abbas di Ramallah, jelas satu kenyataan akhbar kementerian tersebut.

    Menteri Luar Indonesia itu juga me­rancang untuk membuka sebuah pejabat konsulat kehormat di Ramallah tetapi perkembangan tersebut menyebabkan Retno terpaksa menemui Riad di Jordan, tambah kenyataan sama.

    Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata, Israel tidak memberi kebenaran pendaratan untuk helikopter yang sepatutnya membawa Retno dari Jordan ke Tebing Barat.

    Kenyataan itu tidak memberi perincian berhubung punca Menteri Luar Indonesia itu dihalang daripada memasuki Tebing Barat. Israel dan Indonesia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik rasmi.

    Akhbar Israel, Haaretz bagaimanapun melaporkan bahawa Retno dihalang daripada berkunjung ke Ramallah ekoran beliau menolak undangan untuk melawat Baitulmuqaddis dan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Israel di kota itu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Israel Sekat Menteri Luar Indonesia Lawat Tebing Barat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top