My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 15 March 2016

    Turki Diserang Lagi


    Jumlah korban serangan bom nekad yang disyaki dilakukan pemberontak Kurdsih meningkat kepada 37 orang selepas tiga lagi mati sebentar tadi manakala 71 lagi sedang dirawat dihospital. 

    Menteri Kesihatan Turki, Mehmet Muezzinoglu, berkata 15 mangsa berada dalam keadaan kritikal. Dua penyerang, seorang daripadanya wanita meletupkan bom pada badan mereka di satu perhentian bas ketika orang ramai bersesak menunggu bas di tengah bandar raya ini, awal pagi tadi.

    Pihak berkuasa Turki percaya serangan itu dilakukan militan Kurdish dan berikutan itu, tentera Turki melancarkan serangan udara hari ini, terhadap beberapa kedudukan Kurdish di utara Iraq. Sembilan pesawat F-16 dan dua pesawat F-4 menyerang 18 kedudukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), termasuk pangkalan utama di di pergunungan Qandil.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Turki Diserang Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top