My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 15 March 2016

    Jika Tidak Kerana Najib, Mahathir Sudah Lama Tinggal Sejarah



    Soalan mudah untuk ahli-ahli UMNO samada yang muda ataupun yang sudah vateran. Masih ingatkah kejadian pada malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu? Pada malam itu, satu perhimpunan politik telah diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail inilah yang menjadi saksi betapa getirnya perjuangan politik Tun Dr Mahathir pada masa itu.

    Keadaan cukup genting pada masa itu berikutan pe­rebutan kuasa antara dua tokoh - Tun M dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Pada masa itu, Hilton menjadi markas jentera Tun M, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.

    Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April. Namun begitu, keadaan pada malam itu cukup tegang dimana Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Tun M bagi mengumpul sokongan dikalangan ahli UMNO yang masih kekal setia kepadanya.

    Untuk makluman, suasana pada ketika itu amat terde­sak dimana Tun M selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri merasakan kedudukannya amat terancam. Untuk pertama kalinya, beliau berhadapan dengan tentangan hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang ahli politik dan Tun M tahu mengenainya.

    Akibat daripada "pertempuran dalaman politik" ini, telah berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Mela­yu ketika itu. Akibatnya terbentuk dua kumpulan dimana Team A diketuai oleh Tun M bersama-sama Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bagi Team B pula, ianya diketuai oleh Ku Li bersama Tun Musa Hitam, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Manan Osman, Tan Sri Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Bagi Datuk Seri Mohd Najib pula, selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B.

    Tun M yang mengetahui kecenderungan Ketua Pemudanya pada ketika itu, terdesak membuat perancangan. Lalu  dipanggil semua penasihatnya, termasuk Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Memandangkan masa yang ada  tidak berapa lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya, lalu arahan menyuruh Pak Ali mencari Datuk Seri Mohd Najib dikeluarkan.

    Pada masa yang sama, di Bukit Tunku, Datuk Seri Mohd Najib dan isterinya sedang sibuk mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut teta­mu. Beliau nyata enggan memikirkan soal UMNO atau apa yang berlaku terhadap mana-mana kem pada malam itu. Apa yang beliau tahu, beliau masih mempertimbangkan keputusan beliau menyokong samada Team A atau Team B.

    Di kediaman bonda Datuk Seri Mohd Najib, Tun Rahah, di Jalan Eaton pada malam yang sama, kelihatan masuk deretan kereta peronda polis dan sebuah kereta besar seakan-akan kereta Perdana Menteri. Perkara ini disaksikan sendiri oleh jiran yang mendiami dihadapan rumah Tun Rahah.

    Cerita jiran itu tadi, pada malam kejadian, sepasukan pengawal keselamatan Tun Mmasuk sambil mencari kelibat Datuk Seri Mohd Najib pada ketika itu. Menurut jiran ini lagi, Tun M meminta Datuk Seri Mohd Najib datang ke Hotel Hilton dengan menaiki kereta yang disediakan khusus untuk beliau dengan kadar segera.

    Melihat kepada keadaan berkenaan, Datuk Idris bertanya terus dengan Tun Rahah, apa yang perlu Datuk Seri Mohd Najib lakukan dan apakah nasihat terbaik utk beliau. Dengan nada tenang, Tun Rahah berkata

    "Mintalah Najib pergi sebagaimana Tun Razak taat kepada Tunku dahulu.”

    Satu perkara yang harus di ketahui, segala percaturan politik Datuk Seri Mohd Najib adalah berkisar kepada seorang individu yang bernama Datuk idris Shaari. Beliaulah yang bertanggungjawab mengasuh dan mendidik Datuk Seri Mohd Najib sewaktu awal penglibatan beliau dalam arena politik di Pahang dan Kerajaan Persekutuan. Malah beliau juga adalah Pengawal Peribadi kepada Almarhum Tun Abdul Razak dan menjadi Setiausaha Sulit bagi Tun Rahah sebaik Tun Abdul Razak meninggal dunia.

    Kenapa mesti Datuk Seri Mohd Najib? Kerana pada pendapat Tun M, hanya dengan kehadiran belaiu sahajalah, sokongan terhadap Tun M akan bertambah, apatah lagi, Datuk Seri Mohd Najib adalah Ketua Pemuda UMNO pada masa itu.

    Mendengarkan kata-kata Tun Ra­hah itu, maka Datuk Idris meminta semua rombongan Tun M mengikutinya ke kediaman baharu Najib di Bukit Tunku. Semasa mereka tiba, Datuk Seri Mohd Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang.

    Sebagai seorang yang rapat dengan Datuk Seri Mohd Najib, beliau terus masuk kedalam bilik pertemuan berkenaan dan menyampaikan pesanan Tun M berkenaan. Soalan pertama yang ditanya oleh beliau adalah, apa pesanan Tun Rahah dalam hal ini. Dengan tenang, Datuk Idris memberitahu, pergilah, taatlah seperti mana Tun Razak mentaati Tunku.

    Mendengar jawapan itu, Datuk Seri Mohd Najib menjawab, "Takpalah, Deris pergilah dulu. Nanti saya susul kemudian. Apa pun saya harus selesaikan kerja dihadapan saya dahulu"

    Beliau yang masih was-was bertanya sekali lagi, adakah beliau akan pergi? Dengan ringkas beliau menjawab, Insya Allah. Setelah mendapat jaminan berkenaan, maka Datuk Idris pun pergi bersama-sama rombongan Tun M walaupun pada ketika itu, rombongan berkenaan berasa sangsi dengan kehadiran Datuk Seri Mohd Najib.

    Semasa Datuk Idris tiba di Hotel Hilton, Datuk Mohamed Rahmat (Allahyarham) sedang berucap menghentam keperibadian Datuk Seri Mohd Najib. Pada masa yang sama, Tun M pula mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Datuk Seri Mohd Najib.

    Tidak lama kemudian, seperti yang dijanjikan, Datuk Seri Mohd Najib muncul di Hotel Hilton dan pada ketika itulah, rentak ucapan yang menghentam keperibadian Datuk Seri Mohd Najib berubah nada kepada memuji. Nyata kemunculan Datuk Seri Mohd Najib dengan ditemani oleh rakan lama beliau, Dr Tiagi pada malam berkenaan, telah menyuntik semangat baru bagi kem Tun M.

    Seperti dijangka, keesokan harinya Tun M menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang cukup tipis. Tun M sebenarnya menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

    Adakah Tun M sudah melupakan apa yang berlaku di Hotel Hilton kira-kira 29 tahun yang lalu? Bukan sedikit jasa dan pengorbanan Datuk Seri Mohd Najib curahkan sepanjang 22 tahun Tun M menjadi Perdana Menteri. Namun hari ini, beliau seperti kacang lupakan kulit. Jika tidak kerana bantuan saat terakhir Datuk Seri Mohd Najib pada waktu itu, Tun M hanya mampu bertahan hanya 6 tahun sahaja sebagai Perdana Menteri. Ada sesiapa yang mahu menidakkan perkara ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    5 comments:

    1. Masa pertarungan Tim-A diketuai TM dengan Tim-B diketuai KuLI pada Perhimpunan Umno 1987,sy bertugas di Biro Utara Alur Setar.

      Sebelum perhimpunan itu, Mahathir pernah meberitahu pemimpin2 parti komponan BN di Kedah termasuk Umno dalam perjumpaan di Bangunan Tunku jika dia kalah sekalipun, beliau tidak akan menyerahkan kuasa kepada KuLi?. Apa yang akan berlaku jika chedet kalah,cubalah bayangkan sendiri??.

      ReplyDelete
    2. Terima kasih atas respon ni.ni lah yg perlu orang ramai ketahui

      ReplyDelete
    3. Terima kasih atas respon ni.ni lah yg perlu orang ramai ketahui

      ReplyDelete

    Item Reviewed: Jika Tidak Kerana Najib, Mahathir Sudah Lama Tinggal Sejarah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top