Polis telah mengenal pasti pemilik sebuah treler yang dipercayai merempuh dan mengheret lebih 15 buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) malam kelmarin.
Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, siasatan awal mendapati treler sepanjang 40 kaki (12 meter) tanpa muatan itu berpendaftaran di luar Melaka dan merupakan milik sebuah syarikat dari Kedah.
Menurutnya, pihak polis telah mengesan nombor pendaftaran kenderan terbabit dan akan memanggil pemandunya dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, pemandu treler berkenaan difahamkan hilang sabar selepas penonton yang hadir menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, Krubong meletakkan kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang lalu lintas. Perlawanan tersebut melibatkan pasukan Johor DT (JDT) dan PDRM.
0 comments:
Post a Comment