My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 15 March 2016

    Rumah Papagomo Bakal Disita



    Rumah dan barangan blogger kontroversi, Papagomo berdepan tindakan disita dan dilelong kerana gagal menjelaskan ganti rugi berjumlah RM850,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

    Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, tiada di rumah ketika peguam Anwar, Latheefa Koya dan Bailif Mahkamah Tinggi, Siti Aisha Lasa tiba di Apartmen Danau Villa untuk menyerahkan writ sita dan lelong premis tersebut.

    Menurut Latheefa, wakil mahkamah berkali-kali mengetuk pintu rumah Wan Muhammad Azri, namun tidak berjawab. “Kami akan datang semula selepas mendapat tarikh baharu daripada mahkamah untuk menyerahkan writ tersebut.

    “Sekiranya masih gagal, kami akan cuba menggunakan cara lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rumah Papagomo Bakal Disita Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top