PEREBUTAN terakhir kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 bakal menyajikan pertarungan sengit antara tiga pasukan Dimension Data, UnitedHealthCare Profesional Cycling Team (UHC) dan Astana Pro Team yang memburu juara keseluruhan edisi ke-21 di Melaka hari ini.

Jakub Mareczko dari Southeast-Venezuela pula di tempat kedua dan ketiga milik Andrea Palini (Skydive Dubai Pro Cycling Team). Perebutan jersi kuning masih lagi dipegang Reinardt Rensburg daripada Dimension Data dengan catatan masa terkumpul 25’48:29s.
Sementara itu, dua lagi pelumba, Daniel Alexander Jaramilo dari UnitedHealthCare Profesional Cycling Team dan Miguel Angel Lopez (Astana Pro Team) mengekori rapat dengan hanya masing-masing ketinggalan 11 dan 12 saat di belakang Reinardt.
Bagi pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) Adiq Husainie Othman (gambar) berada di landasan tepat untuk melakar sejarah baru arena berbasikal lebuh raya negara sekiranya mampu mengekalkan jersi pelumba terbaik Asia di peringkat kelapan Le Tour de Langkawi (LTdL) hari ini.

Selain rakan sepasukannya, Anuar Manan yang sudah memahat sejarah memenangi jersi Raja Pecut dan satu peringkat perlumbaan pada edisi 2010, belum pernah pelumba tempatan lain meraih gelaran jersi pelumba terbaik Asia itu.
Peringkat terakhir hari ini melibatkan jarak sejauh 119km
dari Batu Pahat ke Melaka, termasuk mengelilingi bandar raya bersejarah itu
sejauh 7.9km sebanyak tiga pusingan. Peringkat itu menyajikan tiga zon pecutan di Semerah, Muar
dan Melaka.
0 comments:
Post a Comment