My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 2 March 2016

    Taman Belia, Ruang Riadah Percuma

    Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kita perlu berhemah ketika berbelanja termasuk melakukan aktiviti santai bersama keluarga dan rakan. Lazimnya, pusat rekreasi seperti taman tema air mengenakan caj agak tinggi manakala kolam renang awam turut mengenakan bayaran. 

     Walaupun tidak begitu mahal, namun jika jumlah ahli keluarga ramai, besar juga belanjanya. Bagaimanapun, bagi penduduk Pulau Pinang, mereka kini ada pilihan untuk menghabiskan masa bersama keluarga tanpa memerlukan perbelanjaan tinggi.

    Lokasi yang dimaksudkan ialah Taman Perbandaran Pulau Pinang atau lebih dikenali dengan Taman Belia yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Georgetown. Menariknya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang menguruskan taman ini turut menyediakan tiga kolam renang termasuk kolam bertingkat dan landskap menarik untuk kemudahan orang ramai secara percuma.

    Tiada bayaran dikenakan bagi kemudahan meletak kenderaan dan penggunaan tandas serta bilik persalinan setaraf hotel lima bintang di taman ini yang mula dibuka pada 1972. Walaupun percuma, pihak pengurusannya sangat menitikberatkan kebersihan dan sentiasa melakukan pemantauan serta penyelenggaraan agar kemudahan di tahap memuaskan.

    Taman rekreasi seluas 66.8 hektar ini sentiasa dipenuhi pengunjung dan menjadi sesak pada musim cuti sekolah. Mashitof Ahmad, 34, dari Alor Setar berkata, dia berkunjung ke taman itu bagi memberi peluang kepada ahli keluarganya berkelah dan mandi di persekitaran yang selamat dan bersih.

    “Cuaca yang tidak menentu agak membahayakan jika mandi di pantai manakala kawasan air terjun pula terdedah dengan ancaman virus kencing tikus,” katanya.

    Selain berkelah dan berehat, Taman Belia turut menawarkan pelbagai kemudahan lain seperti lapangan memanah, pentas terbuka, tapak perkhemahan dan laluan mendaki bagi yang gemarkan cabaran untuk ke Bukit Bendera. Mereka yang mahu menempah kemudahan ini boleh hubungi Unit Tempahan, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Taman Belia, Ruang Riadah Percuma Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top