My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 March 2016

    MH370 : Teori Lawan Realiti



    Sejak kehilangan pesawat MH370, dua tahun lalu, ramai dikalangan netizen terutamanya pengguna laman-laman sosial, secara tiba-tiba bertukar menjadi pakar aviasi. Masing-masing mengutarakan pendapat masing-masing, yang ada diantaranya langsung tidak masuk akal.

    Malah, melucukan, ada diantara ahli politik negara, turut tidak mahu ketinggalan dalam mengutarakan pendapat masing-masing. Melucukan, ada diantaranya seolah-olah tenggelam dalam keinginan diluar kemampuan mereka dengan mengemukakan teori yang jelas tidak selari dengan apa sebenarnya yang berlaku.

    Sebenarnya, kehilangan pesawat ini memang cukup misteri dan memeningkan ramai pakar aviasi di seluruh dunia. Walaupun ada beberapa "pakar" aviasi di negara ini yang mengaitkan kehilangan pesawat ini dengan pelbagai teori, namun hakikat sebenarnya, tiada siapa yang dapat merungkai misteri kehilangan pesawat ini.

    Secara logik, adalah sukar bagi sebuah pesawat Boeing 777 terbang rendah dibawah radar pengesan tentera yang kebiasaannya di pasang di puncak-puncak bukit. Malah, adalah sesuatu yang mustahil satelit pengesan di angkasa, tidak dapat mengesan dimana lokasi kehilangan pesawat berkenaan.

    Cuma, apa yang menguat andaian adalah, perkiraan yang dilakukan oleh sekumpulan pakar aviasi dunia mengenai perjalanan terakhir MH370 sebelum ianya menemui bumi. Menurut perkiraan mereka, pesawat berkenaan kemungkinan berakhir di Lautan Hindi dimana ianya jauh daripada laluan asalnya menuju ke Beijing.

    Di lautan inilah, segala kelengkapan moden pencarian ditempatkan. Malah, beberapa teknologi baru juga ditempatkan dilokasi ini supaya misi pencarian dapat dilaksanakan dengan jauh lebih baik.

    Walaupun sehingga kini pencarian masih belum menemui jalan penyelesaiannya, namun penemuan beberapa objek yang dipercayai dari pesawat Boieng 777 di beberapa lokasi di Pulau Reunion dan Mozambique menampakkan kemungkinan pencarian ini semakin menuju jalan penamatnya.

    Inilah yang dikatakan penyelidikan penuh ilmiah, bukan mengandaikan sesuatu yang diluar kemampuan pemikiran. Hanya dengan mengandaikan sesuatu berkenaan MH370, mereka berharap nama mereka diletakkan sebagai salah seorang pakar teori yang akan mendapat like yang banyak dalam laman sosial mereka.

    Inilah tindakan paling karut dan keji dilakukan oleh mereka yang jelas tidak mempunyai perasaan bersalah dan tanggungjawab. Sepatutnya, kita sama-sama memohon kepada Tuhan agar pencarian ini dipermudahkan, bukan menambah perisa dengan memuat naik status teori konspirasi karut yang bersarang di kepala.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MH370 : Teori Lawan Realiti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top