My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 9 March 2016

    Red Giant Tumbang Di Laman Sendiri


    Perubahan taktikal dengan merehatkan hampir lima tonggak utama memakan diri sendiri apabila Selangor gagal memanfaatkan aksi di tempat sendiri selepas tewas tipis 0-1 kepada Tampines Rovers dalam aksi Piala AFC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi. 

    Jurulatih Zainal Abidin Hassan dengan berani mempertaruhkan Saiful Ridzuwan Selamat di jentera tengah untuk menggantikan Nazmi Faiz Mansor sekali gus membolehkan Tampines menguasai bahagian itu.

    Skuad kendalian V Sundramorthy terlebih dulu menguji kubu tuan rumah pada minit ketiga menerusi rembatan kencang Hafiz Abu Sujad yang tepat menuju ke dakapan Norazlan Razali bagi memberi amaran mereka benar-benar serius untuk menang.

    Awang import dari Indonesia Andik Vermansyah yang baru kembali daripada kecederaan berpeluang meletakkan Selangor di depan pada minit kesembilan, namun sepakan leretnya sekadar terkena pertahanan lawan buat menghadiahkan sepakan sudut kepada tuan rumah.

    Penyerang kebangsaan Singapura Fazrul Nawaz memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-27 selepas dia mudah menguis masuk ke gawang tuan rumah susulan percubaan Irwan Shah yang terkena pertahanan Selangor.

    Sebaik babak kedua bersambung, Zainal melakukan dua pertukaran pantas memasukkan Nazmi dan R Gopinathan dengan mengorbankan Saiful Ridzuwan serta Abdul Hadi Yahya bagi memburu gol penyamaan.

    Berbaki 20 minit sebelum tamat, Selangor melipat gandakan usaha memburu gol penyamaan namun mudah dipatahkan ketua pasukan Tampines Mustafic Fahrudin dan Afiq Yunos bagi membolehkan keputusan berpihak kepada kelab Singapura itu kekal hingga tamat aksi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Red Giant Tumbang Di Laman Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top