My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 7 March 2016

    Rintihan Warga Pendalaman Sarawak Perlu Diberi Perhatian Serius


    Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan tidak lama lagi. Hari ini, sudah banyak kempen dan propaganda sudah digerakkan oleh parti-parti politik di Sarawak terutamanya pembangkang yang dilihat sedaya upaya mahu memecahkan monopoli Barisan Nasional di Sarawak yang diterajui oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Mudah untuk dilihat bagaimana pembangkang di Sarawak memainkan sentimen mereka. Dengan hanya menyediakan lampiran sehelai kertas, mereka akan bergerak ke tempat tumpuan umum dan mengedarkan risalah mereka kepada khalayak. Lebih membimbangkan, mereka turut masuk ke kawasan luar bandar hanya mahu menyampaikan risalah mereka.

    Kesempatan penulis mengunjungi Daerah Serian, Sarawak baru-baru ini mendedahkan gerak kerja mereka. Mereka menyampaikan pelbagai berita palsu dan tidak sahih, hanya mahu melihat rakyat negeri Sarawak terpengaruh dengan dakyah memburukkan pemimpin yang mereka lakukan. Tidak ketinggalan, janji-janji kosong yang pastinya amat sukar mereka penuhi andai berjaya memenangi pilihan raya itu nanti.

    Menerusi beberapa orang yang penulis sempat temui di Kampung Remun, Serian yang kini berada didalam DUN baru, DUN Triboh, mereka sebenarnya tidak berapa mengendahkan risalah-risalah berkenaan. Mereka sendiri tertanya-tanya, apa kaitan konflik politik kerajaan pusat dengan kehidupan mereka seharian?

    Bagi mereka, keperluan hidup sebenarnya sudah mencukupi walaupun tidak semewah dibandar. Paling melucukan, apa yang dilakukan oleh DAP dan PKR di Serian menampakkan, mereka benar-benar terdesak untuk meraih sokongan sehingga mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Haji Adenan Satem sebagai punca mereka hidup susah.

    Tegas mereka, sehingga hari ini, tiada kesusahan yang benar-benar mencengkam. Apa yang mereka perlukan kini adalah keprihatinan BN dan kerajaan negeri meningkatkan taraf infrastruktur asas yang sedia ada. Disamping itu, mereka juga amat berharap, sebarang dana pembangunan dapat disalurkan kepada tempatnya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat luar bandar.

    Tegas mereka, apa yang sudah diberikan kerajaan kepada mereka amat membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Benar, siapa tidak mahu hidup senang, namun, hakikat yang harus difahami, kerajaan hanya menyalurkan jalan terbaik untuk mereka manfaatkan, berbanding apa yang diberikan oleh DAP kepada mereka.

    Harus di ingat, mereka hanya mahu melihat aspek pembangunan berterusan di kawasan mereka, bukan berbicara politik sepanjang masa sehingga kehidupan mereka terabai dan tidak terurus hanya semata-mata mementingkan politik dan termakan janji-janji palsu pembangkang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rintihan Warga Pendalaman Sarawak Perlu Diberi Perhatian Serius Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top