Dewasa ini, kemunculan francais makanan segera tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Masing-masing seolah-olah mencontohi ap ayang dilakukan oleh francais makanan segera yang terkemuka didalam negara seperti Kentucky Fried Chicken, McDonald's, Pizza Hut dan sebagainya.
Berbicara tentang makanan segera, tidak dapat tidak kita tidak dapat lari dari memperkatakan sebuah francais makanan segera yang terkemuka didalam negara, McDonald's Malaysia. Ramai yang mengatakan McDonald's adalah sebuah syarikat yang hanya mengimpot makanan dari negara luar, terutamanya negara pengasas makanan segera berkenaan iaitu Amerika Syarikat. Benarkah dakwaan demikian?
Sesuatu yang harus difahami terlebih dahulu adalah, setiap negara yang mempunyai francais McDonald's di seluruh dunia, diberikan kebebasan untuk pengusaha restoran ini memilih pembekal sayur, roti, daging dan ayam untuk restoran mereka. Bukan setakat itu sahaja, pengambilan pekerja, dan pengusaha sendiri diberikan keutamaan kepada anak tempatan untuk menguruskannya.
Perkara ini juga tidak terkecuali kepada Malaysia kerana pihak McDonald's sendiri menetapkan hanya pembekal yang dikenal pasti dari segenap aspek samada dari segi halal, kebersihan dan piawaian yang pihak McDonald's sendiri tetapkan.
Apabila berbicara tentang perkara ini, antara individu yang bertanggungjawab memastikan semua ini adalah Puan Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Rantaian Bekalan Makanan McDonald's Malaysia. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengenal pasti para pembekal makanan supaya mengikut piawaian tinggi yang ditetapkan oleh pihak McDonald's itu sendiri.
Bercerita tentang hal ini, Puan Rosedalina memberitahu, mereka mempunyai dua pembekal, masing-masing dari luar dan dalam negara. Paling diberikan penekanan, pihak McDonald's sentiasa menekankan produk yang dibekalkan adalah 100 peratus halal dan berkualiti tinggi. Malah, semua pembekal diwajibkan mempunyai sijil halal yang dikeluarkan secara sah oleh Jabatan Agama Islam.
Malah pihak McDonald's juga mempunyai Jawatankuasa Halal dalaman sendiri dan penasihat bebas yang membantu standard halal JAKIM. Semua ini dilakukan adalah untuk memastikan status semua restoran McDonald's di seluruh negara mematuhi persijilan halal dan memastikan semua produk McDonald's Malaysia sentiasa berkualiti untuk dinikmati oleh setiap pelanggannya.
Antara pembekal utama McDonald's Malaysia adalah Nestle, Dutch Lady dan Ayam Dinding yang membekalkan bekalan ayam mentah untuk McDonald's.
Dalam McDonald's, tidak dapat tidak, penjualan burger adalah sumber utama bagi semua restoran McDonald's di Malaysia. Untuk ini, Puan Rosedalina mendedahkan, pihak Arista adalah pembekal utama semua roti burger untuk semua rangkaian McDonald's di Malaysia. Pihak McFood pula adalah pihak yang bertanggungjawab memproses daging ayam dan lembu mentah.
Namun begitu, pihak McDonald's Malaysia tetap mempunyai pembekal makanan ekslusif. Dalam hal ini, pihak McDonald's mempunyai dua pembekal makanan eksklisif iaitu pembekal ban dan pembekal protin. Bagi pembekal keju dan kentang goreng, mereka mengimport sepenuhnya bekalan berkenaan dari luar negara.
Timbul persoalan tentang faktor halal untuk proses pengimportan bekalan ini. Untuk ini, menurut Puan Roseladina, pihak McDonald's memberi jaminan bahawa semua pembekal ini disahkan halal sepenuhnya oleh pihak JAKIM. Malah pihak beliau turut memberitahu, Jawatankuasa Halal dan penasihat bebas McDonald's sentiasa memantau semua bekalan yang edarkan kepada rangkaian restoran McDonald's di seluruh negara.
0 comments:
Post a Comment