My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 10 September 2016

    CEO Secret Recipe Cakes Didenda



    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Secret Recipe Cakes & Cafe Sdn. Bhd. semalam didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tiga kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. 

    Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid mengenakan denda itu selepas Datuk Sim Leong Thun, 57, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya atas kapasiti individu.

    Leong Thun didakwa menaik­kan harga minuman jenama Pepsi di Secret Recipe Cakes & Cafe cawangan Subang Parade, Su­bang Jaya daripada RM4 kepada RM5 bermula 23 Februari 2015 berdasarkan tanda harga yang dipamerkan.

    Dia didakwa melakukan pencatutan harga kerana terdapat kenaikan margin keuntungan bersih sebanyak 24 sen iaitu dari­pada 77 sen kepada RM1.01 bagi setiap unit minuman berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: CEO Secret Recipe Cakes Didenda Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top