Penahanan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes pecah rumah dan curi di daerah ini, Jun lalu membawa kepada penemuan pistol buatan sendiri bersama 94 peluru di sebuah rumah di Kampung Sau, Sungai Metapus, di sini, Rabu lalu.
Suspek berusia 40 tahun berasal dari Pontianak, Indonesia ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah di depan sebuah pasar raya di bandar ini, jam 2 petang.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Balingian, di sini,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
0 comments:
Post a Comment