My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 16 September 2016

    Jentera Masa Depan


    Apabila disebut hibrid, ia berkaitan usaha melahirkan kenderaan generasi masa depan dengan matlamat menjimatkan minyak yang mengurangkan pembebasan karbon dioksida, sekali gus memulihara alam sekitar. Jadi pengeluar automotif terkemuka Jepun memulakan era baru mereka dengan membangunkan kenderaan hibrid pertama menerusi Toyota Prius pada 1993.

    Empat tahun kemudian barulah Toyota Prius generasi pertama diperkenalkan pada peringkat global di mana jentera itu dijanakan daripada gabungan kuasa enjin dan motor elektrik. Kini hampir 20 tahun teknologi itu digunakan dan ia semakin berkembang serta canggih mengikut era peredaran zaman serta keperluan piawaian semasa.

    Sehingga kini, 34 kenderaan jenama Toyota menggunakan teknologi hibrid termasuk dua daripadanya adalah jentera komersial. Tidak cukup dengan itu, Toyota Motor Corporation turut menawarkan Kenderaan Bahan Api Sel Hidrogen (FCV) menerusi model terkininya iaitu Toyota Mirai.

    Bagi mengenali kenderaan itu lebih dekat, penulis diberi peluang berkunjung ke negara matahari terbit baru-baru ini untuk mendekati teknologi terkini berkenaan. Penerangan dari segi teori dan teknikal saja tentu tidak memadai.

    Sehubungan itu, penulis dan wakil media lain dibawa ke litar Speedway Fuji untuk melakukan pandu uji beberapa kenderaan berkenaan. Dalam ruangan pandu uji kali ini, penulis bahagikan beberapa pandu uji ringkas menerusi model Toyota Prius generasi keempat, Toyota Mirai dan Lexus RC 300h serta penerangan ciri keselamatan terkini daripada Toyota.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jentera Masa Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top