LAZADA Malaysia (Lazada) menjadi antara vendor pertama menawarkan telefon pintar terbaru Apple, iPhone 7 dan 7 Plus dengan membuka tempahan di laman e-dagang mereka bermula serta merta.
Pengguna di negara ini yang berminat mendapatkan gajet terbabit boleh menempah dua telefon terbabit dan memperolehnya seawal 20 September 2016 dengan harga bermula RM3,689 termasuk setahun jaminan pembekal tempatan.
Tempahan awal merangkumi semua lima warna bagi iPhone 7 dan 7 Plus termasuk hitam jet, hitam, perak, emas dan emas ros. Malaysia bukan termasuk dalam gelombang pertama 28 negara yang menerima gajet terbabit apabila ia dijual 16 September ini.
iPhone baru terbabit dilengkapi pelbagai ciri baharu termasuk teknologi terkini kamera, kalis debu dan air serta beberapa ciri lain. Malah, turut menyaksikan Apple membuang port jek fon kepala memberi tumpuan kepada penggunaan port ‘lightning’ serta sambungan tanpa wayar.
0 comments:
Post a Comment