My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 1 September 2016

    Perpaduan Rakyat Kunci Kejayaan Negara - Liow Tiong Lai



    Tidak dinafikan, nikmat mengecapi kemerdekaan negaraa buat kali ke 59 semalam, merupakan antara momen yang terbaik yang disajikan oleh kerajaan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini. Dihadiri puluhan ribu rakyat Malaysia yang membanjiri Dataran Merdeka semalam, ianya bukti kesepakatan kaum dan bangsa di negara ini tanpa memperdulikan perbezaan agama, politik dan kaum.

    Mengulas tentang perkara ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengajak kita meluangkan sedikit masa untuk mengimbau kembali perjalanan negara sehingga ke hari ini. Berlandaskan solidariti yang terbit dari kepelbagaian bangsa dan budaya, Malaysia kini adalah sebuah negara yang semakin disegani, dengan kejayaan di pelbagai peringkat.

    Ujar beliau, kesungguhan dan kecekalan pejuang-pejuang negara telah menjadi asas kepada kejayaan yang dikecapi serta merupakan garis panduan dalam kita mengharungi rintangan dan cabaran. Cita-cita dan azam ini jelas ditonjolkan oleh para atlet Olimpik negara pada awal bulan ini. Mereka telah menjulang nama negara di peringkat sukan antarabangsa berbekalkan kegigihan dan semangat kesukanan yang tinggi.

    Di tanah air pula, seluruh rakyat Malaysia bersatu hati, menyokong dan bersorak untuk atlet-atlet kita yang berjuang. Ini benar-benar mencerminkan tema Hari Merdeka bagi tahun ini, Sehati Sejiwa malah membuktikan semangat patriotisme yang wujud pada setiap rakyat Malaysia. Kontinjen negara juga telah mengukir sejarah dengan membawa pulang lima pingat Olimpik.

    Beliau juga menegaskan, sambil kita menyambut kemenangan mereka kita juga harus menyedari bahawa kejayaan setiap individu adalah kejayaan kita bersama dan ini merupakan tonggak kejayaan tanah air yang kita cintai. Setiap individu mampu menyumbang dengan cara tersendiri, demi kejayaan Malaysia secara kolektif.

    Dalam kita mengejar impian negara, mari kita bersama-sama menghayati semangat Kemerdekaan sambil kita meraikan hari yang amat bermakna ini. Kesederhanaan, toleransi dan bertolak ansur adalah asas Rakyat Malaysia dahulu, kini dan selamanya.

    Inilah gambaran serta bukti yang telah dizahirkan oleh Presiden sebuah parti bagi kaum Cina di Malaysia. Semangat toleransi antara kaum jelas menjadi kekuatan negara dalam menempuh zaman gemilang sebuah negara yang diberinama MALAYSIA.

    Salam hari kemerdekaan untuk semua.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Perpaduan Rakyat Kunci Kejayaan Negara - Liow Tiong Lai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top