Kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia, kini sudah mula dikesan di Klang, Selangor hari ini. Sebelum ini, tiga buah negara jiran Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand telah mula dijangkiti oleh virus ini sehingga beberapa kerajaan di dunia telah mengeluarkan amaran perjalanan buat warganya. Persoalannya, apakah itu virus Zika dan apakah kesannya kepada manusia?
Kes pertama membabitkan virus bawaan nyamuk ini mula-mula dikesan di Uganda pada tahun 1947 yang menjangkiti seekor monyet dalam kandang di Hutan Zika, berhampiran dengan Danau Victoria. Nama virus Zika ini diambil sempena nama tempat dimana ianya mula-mula dijumpai dahulu.

Virus ini adalah penyakit bawaan nyamuk Aedes jenis Aegypti. Menurut beberapa kajian yang dilakukan, spesis nyamuk ini dikatakan kebal dengan sebarang perubahan cuaca samada panas mahupun berhujan. Seperti nyamuk-nyamuk yang lain, spesis nyamuk Aegypti ini mampu untuk membiak sama seperti spesis nyamuk denggi dan nyamuk tiruk.
Sejak kes pertama dikesan di Brazil pada penghujung tahun lalu, dunia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga berhadapan dengan kes ini. Malah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengumumkan bahawa virus ini telah menyebabkan darurat kesihatan dunia. Lebih memburukkan keadaan, Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika menjangkakan, virus ini akan terus merebak dan mungkin akan mencapai ke negara-negara dimana nyamuk Aedes mudah ditemui.
Apakah gejala pembawaan virus ini? Menurut laporan perubatan, antara gejala penyakit bawaa virus Zika adalah sama seperti pembawa virus denggi. Jika anda mengalami demam ringan, ruam-ruam dibadan, sakit-sakit sendi yang berlarutan sehingga dua hari hingga seminggu, anda dinasihati merujuk kepada pusat kesihatan yang terdekat.

Sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya memakai pakaian yang menutup seluruh anggota badan, membuang air-air yang bertakung dan menggunakan alat pencegahan nyamuk.
0 comments:
Post a Comment