My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 16 September 2016

    Ranking Skuad Bolasepak Malaysia Naik



    MALAYSIA melonjak sembilan anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-158 dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semalam. 

    Skuad Harimau Malaysia yang kekal pada kedudukan ke-167 sejak Julai lepas, mengumpul 158 mata untuk berada di belakang Filipina (125), Thailand (135), Vietnam (141), Myanmar (153) dan Singapura (155) dalam kalangan negara ASEAN.

    Ranking bulan September itu menyaksikan skuad negara, kendalian Datuk Ong Kim Swee berada setanding dengan beberapa negara lain seperti Grenada (156), Barbados (157), Kuwait (159) dan Aruba di tangga ke-160.

    Bagaimanapun, kedudukan Malaysia dijangka merosot bulan depan susulan kekalahan 1-3 kepada Indonesia yang menduduki ranking ke-181, dalam perlawanan persahabatan pada 6 September lepas. Berdasarkan ranking sejak awal tahun ini,

    Malaysia mencatatkan rekod terburuk dengan kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei), 173 (Jun) dan 167 pada Julai. Ranking FIFA melibatkan 209 negara.  
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ranking Skuad Bolasepak Malaysia Naik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top