Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, syarikat penyedia perkhidmatan komunikasi dan Internet terkemuka tanah air, Maxis 4G memperkenalkan empat filem 360 darjah yang boleh disaksikan di YouTube.
Projek berjudul Rojak 360° ini memaparkan filem pelbagai bahasa dan tiga daripadanya ialah Lost and Found, Cham Cham dan Cow Cow sudah ditayangkan di Youtube pada 26 Ogos lalu. Manakala filem Gading Merah yang mengetengahkan semangat setia kawan dan perpaduan akan memulakan tayangan di YouTube pada jam 12 tengah hari ini.
Menariknya, semua filem berkenaan dirakam menggunakan kamera 360 darjah dan boleh disaksikan menggunakan telefon pintar sahaja menerusi YouTube. Lebih mengujakan, penonton boleh menggerakkan gajet mereka ke pelbagai arah untuk melihat negara ini dari perspektif berbeza.
Ketua Komunikasi Pemasaran Maxis Bernard Lee berkata projek Rojak 360° kaedah terbaik menggabungkan cerita dengan teknologi canggih menerusi Maxis 4G. “Telefon pintar menawarkan pelbagai kegunaan dan ia juga boleh dijadikan ‘pawagam’ mudah alih bagi setiap pengguna.
“Berbeza dengan sambutan Hari Kemerdekaan lalu, Maxis mahu mengajak 15 juta pengguna telefon pintar di seluruh negara untuk menyaksikan filem Rojak 360°,” katanya.
Menurutnya, Maxis bekerjasama dengan bintang YouTube, The Ming Thing, RED People, karyawan Veedu, Barney Chua dan Junad Mohd Nor. “Filem ini menonjolkan keunikan dialek masyarakat tempatan seperti Hokkien Johor dan Kelantan serta memperkenalkan tradisi budaya yang kurang diketahui ramai.
“Selain itu, penonton dapat menyaksikan keindahan lokasi menarik di negara ini termasuk Batu Caves, Kota Bharu dan Taman Kota Kinabalu,” katanya. Sementara itu, pada majlis tayangan perdana siri filem Rojak 360° di pawagam TGV One Utama baru-baru ini, Samsung Malaysia menyediakan ‘headset’ realiti maya Samsung Gear VR membolehkan penonton menyaksikan filem daripada pelbagai sudut.
Maklumat lanjut mengenai Maxis Rojak 360° boleh diperoleh dengan melayari www.maxis.com.my/rojak360.
0 comments:
Post a Comment