My Blog List

Translate

  • PANAS

      Friday, 11 March 2016

      Bomba Sabah Siap Sedia Hadapi Musim Kemarau




      Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah sentiasa bersiap sedia menghadapi kebarangkalian berlaku kebakaran hutan pada musim kemarau ini. Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi berkata ini termasuk memastikan jumlah anggota mencukupi di semua balai bomba. 

      “Kami sedar dengan pengurangan kadar hujan ada (kemungkinan) berlaku kebakaran hutan atau sebagainya akibat cuaca panas, kami sentiasa bersiap sedia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutupan Kursus Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) di sini semalam.

      Nordin berkata jabatannya setakat ini memiliki tangki air mencukupi bagi menghadapi sebarang kecemasan pada musim kemarau seperti memberi bekalan air di kawasan memerlukan di samping kegunaan untuk memadam kebakaran.

      Sementara itu, mengenai Kursus DPA, Nordin berkata seramai 70 kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) menamatkan Modul Pengurusan Bencana Dan Ketenteraman Awam selepas menyertai modul itu selama dua minggu sejak 29 Feb lalu di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah.

      Beliau berkata modul diperkenalkan Institut Tadbiran Awam Negara itu antara lain bertujuan memberi pendedahan kepada mereka mengenai pengurusan bencana dan ketenteraman awam secara operasi atau lapangan.

      “Kursus ini memberi ilmu bagi menguruskan bencana di negara ini malah mereka turut didedahkan mengenai pelbagai aspek dalam pengurusan lain termasuk latihan menyelamat dan kebakaran selain ia menjadi pelengkap kepada program DPA,” katanya.
      • Blogger Comments
      • Facebook Comments

      0 comments:

      Post a Comment

      Item Reviewed: Bomba Sabah Siap Sedia Hadapi Musim Kemarau Rating: 5 Reviewed By: JMK