Indonesia semalam mempertahankan keputusannya membenarkan kehadiran Presiden Sudan, Omar al-Bashir, suspek jenayah perang, ke negara itu untuk menghadiri sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Arrmanatha Nasir berkata, Indonesia tidak menganggotai ICC dan tidak mempunyai mekanisme undang-undang atau komited untuk menahan Omar. “Isu itu antara Omar dan ICC, tidak berkait dengan Indonesia,” katanya.

Indonesia sebelum ini berjanji menyertai ICC, tetapi wujud bantahan politik yang berterusan kerana kekejaman tentera Indonesia pada masa lalu mungkin membolehkan ICC membuka kes itu.
0 comments:
Post a Comment