Parti Komunis yang memerintah China menghukum hampir 300,000 ahlinya pada tahun lalu kerana rasuah, kata badan pemantau rasuah parti itu ketika kempen Presiden Xi Jinping untuk memerangi gejala itu terus diperhebat.
Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Disiplin (CCDI) mendedahkan, sejumlah 200,000 individu dikenakan ‘hukuman ringan’ kerana mengambil rasuah, manakala 82,000 lagi menerima hukuman berat.
CCDI tidak menyatakan perbezaan antara hukuman-hukuman tersebut tetapi kedua-dua kategori mungkin menyaksikan pegawai terbabit dipindahkan daripada jawatan semasa mereka. Badan pemantau itu turut mengeluarkan surat amaran kepada 54,000 orang pegawai lain, jelas CCDI dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.
Jumlah individu yang dihukum itu mewakili 0.3 peratus daripada keseluruhan 88 juta ahli parti tersebut. Parti Komunis mengekalkan mekanisme disiplin dalamannya sendiri dengan ahli-ahli parti yang disyaki menerima rasuah tidak dibicarakan di mahkamah konvensional.
0 comments:
Post a Comment