My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 8 January 2017

    Anak Sorok Wang Tunai RM500,000



    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai sebanyak RM500,000 lagi dari rumah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman semalam. 

    Menurut sumber SPRM, wang tunai dalam bentuk mata wang asing termasuk pound sterling, euro dan dolar Singapura itu cuba disorokkan oleh salah seorang anak Mohd. Arif di kediaman mereka di USJ, Subang Jaya.

    “Kita telah merakamkan percakapan anak suspek tersebut yang berusia dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan,” kata sumber itu.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan rampasan wang tunai itu tetapi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut. Beliau turut mengesahkan tiada sebarang tangkapan baharu dilakukan.

    Mohd. Arif, 59, kini sedang ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 Januari ini bersama dengan dua anak lelakinya, Zuhairi, 34, dan Lukman, 29, kedua-duanya merupakan pengurus dua syarikat yang berbeza.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anak Sorok Wang Tunai RM500,000 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top