Sejak akhir-akhir ini, terdapat segelintir pihak mendakwa kakitangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terutamanya bahagian pemeriksaan kenderaan perdagangan dan teksi, mengamalkan salah laku rasuah. Dakwa mereka, dengan hanya memberikan jumlah tertentu yang diminta, kenderaan berkenaan pasti akan lulus tanpa perlu melalui pemeriksaan ketat.
Turut tidak ketinggalan, dakwaan yang sama turut menyelubungi Jabatan Pengangkutan Jalan terutamanya bahagian operasi dengan dakwaan hanya perlu membayar jumlah tertentu yang diminta, sesuatu kesalahan boleh terlepas bergitu sahaja.
Mengulas tentang hal ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau tidak menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) "masuk" untuk menyiasat dakwaan salah laku rasuah di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara.
Katanya dakwaan itu adalah cukup serius dan perlu disiasat bagi mengelakkan mana-mana pihak menuding jari kepada agensi di bawah kementeriannya seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.
Beliau turut menegaskan, pihak kementerian sendiri telah menubuhkan dua unit khas untuk membanteras rasuah secara agresif dan lebih menyeluruh iaitu Unit Integriti dan Unit Audit Dalaman. Menerusi unit ini katanya, pihak kementerian akan dapat mengenal pasti isu lebih awal dan ambil tindakan yang lebih cepat.
Sebagai contoh, isu integriti jika ada kemusykilan melibatkan soal bekalan boleh terus lapor terus kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan. Ianya sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan menaikkan semula intergriti beberapa agensi yang bernaung dibawah kementerian beliau.
0 comments:
Post a Comment