My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 January 2017

    Tourism Malaysia unjur 31.8 juta pelancong


    Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) optimis industri pelancongan tempatan akan menyumbang lebih 9.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan unjuran menerima 31.8 juta pelancong tempatan dan asing pada tahun ini. 

    Tahun lalu, industri pelancongan negara mencatatkan 9.6 peratus sumbangan kepada KDNK dengan kehadiran 30.5 juta pelancong yang membelanjakan RM103 bilion.

    Pengarah Bahagian Promosi Domestik Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata, unjuran itu mampu dicapai bersandarkan beberapa faktor termasuk kelemahan nilai ringgit yang membantu lebih ramai pelancong asing datang berkunjung.

    Beliau berkata, ia menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan memilih untuk bercuti dalam negara berbanding melawat negara asing, sekali gus membantu merancakkan industri pelancongan domestik.

    “Walaupun ada cabaran ekonomi kebelakangan ini, namun industri pelancongan tidak begitu terkesan, sebaliknya lebih ramai pelancong asing memilih menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka.

    “Syarikat tempatan dalam industri ini juga menerima manfaat terutama syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya. Pada 2014, industri pelancongan menjadi sektor keenam terbesar menyumbang kepada KDNK bernilai RM161 bilion atau 14.9 peratus manakala dari segi pertukaran asing, ia berada pada kedudukan kedua terbesar yang mencatatkan RM72 bilion.

    Menurutnya, industri pelancongan bukan saja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara, malah menjadi sektor yang mencipta peluang pekerjaan. Pada 2015, industri berkenaan menawarkan 2.5 juta pelbagai peluang pekerjaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tourism Malaysia unjur 31.8 juta pelancong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top