My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 1 February 2017

    ASEAN Bakal Jadi Blok Ekonomi Paling Pesat



    Rantau ASEAN bakal menjadi blok ekonomi global paling pesat membangun pada tahun ini dengan kadar pertumbuhan 4.6 peratus dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) gabungan 10 negara anggotanya mencecah AS$2.6 trilion. 

    Ketua Penganalisis Ekonomi Asia Pasifik IHS Global Insight, Rajiv Biswas berkata, dalam skala global ekonomi serantau ASEAN akan menjadi kuasa ekonomi terpenting dengan ramalan KDNK negara anggotanya akan mengatasi United Kingdom (UK) pada tahun ini.

    Menurutnya, KDNK UK dijangka menjunam kepada AS$2.4 trilion pada tahun ini berbanding AS$2.6 trilion yang dicatatkan tahun lalu, malah prestasi KDNK ASEAN juga akan melebihi Perancis, India dan Australia.

    Katanya, dengan jangkaan ekonomi ASEAN terus kukuh untuk beberapa dekad akan datang, KDNK rantau itu juga berupaya melebihi Jepun menjelang 2027 kerana ia mampu mencapai angka AS$6.4 trilion pada tahun berkenaan.

    “Kebanyakan negara di Asia Tenggara akan meraih manfaat daripada inisiatif ‘One Belt, One Road’ dalam tempoh sederhana yang membantu memacu pembangunan infrastruktur dan sambungan pengangkutan serantau dengan lebih efisien,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

    Beliau berkata, China turut mengadakan perdagangan dua hala dan perjanjian pelaburan dengan negara membangun di rantau ASEAN seperti Malaysia dan Filipina.

    Dalam perkembangan lain, katanya, Malaysia dijangka mengalami kadar pertumbuhan ekonomi empat peratus tahun ini dan terus mengukuh kepada 4.4 peratus pada 2018 disokong oleh eksport produk pet roleum yang mendapat manfaat daripada purata harga minyak dunia yang lebih tinggi. 

    Menurutnya, purata harga minyak mentah Brent dijangka meningkat dari AS$44 setong pada 2016 menjadi AS$58 setong pada 2017 menjadikan prospek yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
    Beliau berkata, eksport Malaysia turut berkembang sebanyak 2.6 peratus berdasarkan asas tahun ke tahun dalam sebelas bulan pertama pada 2016 dengan segmen elektrik dan elektronik meningkat tiga peratus dan segmen kimia bertambah sehingga 5.8 peratus.

    “Satu faktor positif bagi sektor eksport Malaysia pada 2017 adalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) dijangka berkembang dengan lebih pesat di mana negara itu adalah pasaran eksport ketiga terbesar Malaysia.

    “Eksport barangan Malaysia ke AS diukur dari segi ringgit yang menunjukkan pertumbuhan positif pada 2016, meningkat 9.7 peratus dari tahun ke tahun dalam tempoh sebelas bulan pertama 2016,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ASEAN Bakal Jadi Blok Ekonomi Paling Pesat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top