My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 10 February 2017

    Godam Pakai Perisian Pasaran Gelap



    Hanya berbekalkan perisian pasaran gelap dan nombor kod rahsia keselamatan, seseorang individu atau kumpulan penjenayah siber sudah boleh menggerakkan kegiatan haram mereka untuk mencuri wang milik pelanggan bank sehingga berjuta-juta ringgit. 

    Menurut Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi, Khaireel Azlee Abdul Aziz, perisian untuk memecah masuk sistem keselamatan bank itu boleh dibeli daripada beberapa komuniti penggodam laman web pada harga RM2,000.

    Katanya, komuniti penggodam laman web yang menjalankan ke­giatan haram itu akan menghantar perisian itu menerusi platform internet yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

    Bagaimanapun, katanya, bukan sebarang individu yang boleh mendekati atau berhubung dengan komuniti penggodam laman web yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing melainkan mereka merupakan kumpulan penjenayah siber.

    “Selepas mendapat perisian ini, kumpulan penjenayah siber perlu memperoleh nombor kod rahsia keselamatan bank daripada ‘orang dalam’ seperti kakitangan bank atau individu yang menyediakan sistem keselamatan bagi syarikat perbankan.

    “Dengan adanya perisian pasaran gelap dan nombor kod ini, barulah kumpulan penjenayah itu memecah masuk sistem ke­selamatan bank dan memin­dahkan wang ke akaun tertentu,” katanya kepada media di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Godam Pakai Perisian Pasaran Gelap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top