Sepanjang minggu lalu, antara perkembangan yang cukup menarik untuk diperhatikan adalah pertemuan dua hala antara Tuan Ibrahim Tuan Man yang mewakili PAS dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Banyak perkara dibincangkan oleh mereka sehingga mereka mengeluarkan kenyataan bersama untuk membentuk satu pasukan bagi menilai segenap aspek sebelum mereka memuktamadkan pendirian mereka samada untuk bergabung dengan PPBM ataupun tidak.
Ketika ramai yang berasakan, ada kemungkinan PAS akan menjalinkan kerjasama strategik mereka bersama-sama PPBM, hari ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan, parti berkenaan masih kekal dengan pendirian mereka yang enggan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang bersekongkol dengan DAP.
Beliau berkata, pendirian PAS tidak pernah berubah sejak parti berkenaan memilih untuk memutuskan sebarang hubungan dengan DAP pada tahun 2015. Ditambah pula dengan campurtangan DAP dalam PAS yang menyaksikan tertubuhnya Parti Amanah Negara, semuanya telah mengajar PAS untuk lebih berhati-hati.
Jika melihat kepada keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini, jelas menunjukkan, PAS memang kekal dengan pendiriannya untuk kekal bebas dari sebarang bayang-bayang DAP. Malah, keputusan ini menampakkan, tiada sebarang peluang untuk mana-mana pihak yang mempunyai hubungan DAP, memujuk PAS untuk menyertai mereka.
Pendirian ini selaras dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang menempelak kenyataan Tun Dr Mahathir yang hanya memberi tempoh sebulan buat PAS untuk menyatakan pendiriannya. Beliau dilaporkan berkata, PAS tidak memerlukan sebulan untuk menyatakan pendirian mereka sebaliknya kekal menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan DAP.
Apa lagi pilihan yang ada pada PPBM dan PKR setelah PAS kukuh dengan prinsipnya? Nampaknya, hasrat Mahathir untuk menyaksikan hanya dua blok pari politik bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, semakin berkubur. BN kekal mempunyai 14 parti gabungan dengan Pakatan Harapan kekal denagn 4 parti dan PAS dan Ikatan membentuk satu lagi blok politik di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment