Banjir kilat di selatan Thailand mengakibatkan 19 orang terbunuh dan menjejaskan hampir sejuta yang lain sejak hari pertama tahun baru, kata Pusat Pencegahan Krisis Thailand semalam. Sebahagian besar daripada 19 kematian itu melibatkan lemas, kata pusat berkenaan, manakala hujan lebat dan banjir berterusan menjejaskan lebih 958,000 penduduk di 10 buah wilayah setakat semalam.

Amaran tahap empat pula diperuntukkan untuk bencana alam paling teruk dan pernah dilaksanakan semasa banjir pada 2011 yang meragut 815 nyawa serta mengakibatkan 13.6 juta penduduk terjejas. Air banjir yang semakin meningkat juga mengakibatkan 10 ekor buaya terlepas dari kurungannya di Wilayah Nakhon Si Thammarat, demikian lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.
Polis Nakhon Si Thammarat memberitahu agensi berita dpa semalam bahawa kebanyakan binatang buas itu masih bebas termasuk buaya terbesar sepanjang lima meter. Beberapa destinasi pelancongan popular termasuk Pulau Ko Samui turut terjejas akibat hujan lebat dan ombak kuat.

Usaha menyelamatkan penduduk yang terkandas akibat banjir pula sedang giat dilakukan. “Anggota polis dan tentera turut mengagihkan peket bantuan kepada mangsa banjir,” kata pihak berkuasa.
0 comments:
Post a Comment