My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 3 January 2017

    Azab Tusukan Duri Landak Laut



    Keriangan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mandi-manda bersama lima ahli keluarganya sempena menyambut tahun baru di Pantai Payang, dekat sini, bertukar ngeri apabila kakinya terkena duri landak laut, kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa, Wahyuni Khadijah Mohd Nor Mansur, cedera selepas kaki kirinya terkena lebih 10 tusukan duri haiwan laut berkenaan. Ibu saudaranya, Mariani Majid, 51, berkata, ketika kejadian dia bersama Wahyuni dan empat sepupunya mandi di pantai berkenaan. 

    “Kira-kira 10 minit kemudian, saya terdengar jeritan Wahyuni. Ingatkan dia terpijak batu, tetapi bunyi teriakannya semakin kuat dengan esakan tangisan. Terkejut dengan kejadian itu, abang sepupu Wahyuni segera mengangkatnya sebelum membawanya ke kawasan daratan,” katanya ketika ditemui.

    Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan tusukan pada kaki kirinya dan dipercayai daripada duri landak laut. “Kami melihat banyak darah dan lebih 10 kesan tusukan di kakinya...mustahil terpijak batu, kalau batu lukanya hanya satu, tetapi ini lain,” katanya.

    Mariani berkata, dia tidak menyangka rancangan untuk berkumpul sesama keluarga bertukar duka apabila salah seorang anak saudara terpijak duri landak laut itu. “Saya berharap agar Wahyuni kembali sihat dan boleh memulakan sesi persekolahannya hari ini,” katanya.

    Sementara itu, seorang pengunjung dikenali sebagai Mariam berkata, ketika kejadian dia yang turut berada di pantai berkenaan terkejut dengan apa yang berlaku. “Dia (mangsa) menangis teresak-esak dan beberapa ahli keluarga kemudian menenangkannya sebelum menyarankan supaya menerima rawatan di klinik berdekatan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Azab Tusukan Duri Landak Laut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top