My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 3 January 2017

    Lapan Remaja Beri Keterangan



    Lapan remaja yang dikehendaki polis kerana melakukan aksi berbahaya dengan memanjat mercu tanda ‘Ipoh’ setinggi 20 meter di Jalan Kuala Kangsar di sini baru-baru ini akhirnya tampil menyerah diri untuk memberi keterangan kepada pihak polis semalam. 

    Kesemua mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan berusia dalam lingkungan 20 hingga 24 tahun itu tiba di Balai Polis Kampung Tawas pada pukul 10 pagi untuk diambil keterangan.
    Selepas memberi keterangan, mereka kemudian dibawa oleh pegawai penyiasat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk mengambil cap jari sebelum kembali semula di balai polis tersebut pada pukul 2.25 petang.

    Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, percakapan kesemua remaja itu telah dirakam dan dibebaskan dengan jaminan polis. “Polis akan melengkapkan siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada pihak atasan,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lapan Remaja Beri Keterangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top