Penduduk Los Angeles terkejut melihat papan tanda ikonik yang tertera nama Hollywood bertukar menjadi Hollyweed kelmarin. Papan tanda itu dipasang di lereng bukit Mount Lee pada tahun 1923 dan dipercayai menjadi sasaran vandalisme.
Seorang jurucakap Jabatan Polis Los Angeles, Sarjan Robert Payne berkata, sistem televisyen litar tertutup di lokasi itu menunjukkan seorang individu berpakaian hitam yang dipercayai melakukan vandalisme tersebut sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).
Sejenis bahan seperti kain tarpal digunakan untuk mengubah dua huruf O menjadi E, katanya. “Polis belum mengenal pasti mana-mana suspek setakat ini. Namun, dia akan didakwa kerana menceroboh sekiranya ditangkap,” katanya.
Menurut slanga Amerika, perkataan "weed" merujuk kepada ganja atau marijuana yang sekian lama menjadi perkara taboo buat penghuni Hollywood.
0 comments:
Post a Comment