My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 January 2017

    Bekas CEO TEKUN Didakwa Rasuah



    Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM36,000 daripada sebuah syarikat pengutip hutang dua tahun lalu. 

    Bagaimanapun, tertuduh Datuk Abdul Rahim Hassan, 62, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Asmadi Hussin. Tertuduh sebelum itu me­ngangguk faham atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

    Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa melalui sistem pesanan ringkas me­minta suapan wang tunai seba­nyak RM36,000 iaitu 10 peratus daripada hasil kutipan hutang lapuk TEKUN Nasional bagi bulan November 2014 daripada pemilik syarikat Pasadana Sdn. Bhd., Abdul Muhsin Abdul Rahman, 46.

    Wang itu sebagai dorongan mempercepatkan proses bayaran tuntutan syarikat Pasadana bagi invois bertarikh 7 Januari 2015 berjumlah RM360,009.08. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 8.30 malam, 13 Januari 2015.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas CEO TEKUN Didakwa Rasuah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top