My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 7 January 2017

    Inilah Parti Autokratik Dan Penuh Keegoan





    Dalam arena politik negara sejak negara mengecapi kemerdekaannya, 59 tahun yang lalu, DAP adalah merupakan sebuah parti yang cukup kosisten dalam memperjuangkan idealogi ala republiknya. Malah, parti ini kekal tidak mempunyai Pengerusi atau Presidennya sendiri, sebaliknya lebih senang dengan gelaran Penasihat Agung parti, sama seperti idealogi republiknya sendiri.

    Sejak sah ditubuhkan pada 18 Mac 1966, parti ini bertunjangkan kepada hanya satu nama iaitu Lim Kit Siang setelah berpisah dengan parti induknya, PAP yang membentuk kerajaan di Singapura. Sejak itu, Lim Kit Siang terlalu berkuasa pada parti ini tanpa ada sesiapa sekalipun dapat mencabar kekuasaannya.

    Menariknya, jika dilihat pada nama parti ini, istilah demokrasi hanya pada nama dan tidak diamalkan secara bebas dalam parti ini. Justeru, timbul persoalan, di mana relevannya kenyataan Kit Siang yang mendakwa MCA merupakan sebuah parti yang tidak terbuka dan lebih inklusif?

    Jika diselusuri penubuhan MCA sejak 27 February 1949, MCA sudah mengalami transformasinya sendiri dengan mereka yang memimpin parti komponen utama Barisan Nasional ini sudah bertukar ganti. Hari ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai adalah Presiden MCA yang ke 10 di mana, boleh dikatakan, semua perwakilan MCA berhak untuk menentukan siapa ketua utama mereka.

    Berlainan dengan DAP yang jika kita lihat dari pemilihan dalaman parti itu sendiri, penuh dengan kepura-puraan serta hanya mementingkan kroni dan mereka yang paling berkuasa dan mempunyai wang yang cukup tebal. Justeru, tidak hairanlah, DAP, sejak 1966 hanya dikuasai oleh dinasti Lim dan keluarga Karpal sahaja.

    Benar, mereka mempunyai CECnya sendiri, namun setiap kali CEC dilaksanakan, pasti akan timbul kontroversinya yang tersendiri. Berlainan dengan MCA, parti ini akan melaksanakan pemilihannya yang tersendiri tanpa dipengaruhi dengan apa jua unsur luaran. Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding selaku Presiden parti dan inilah corak demokrasi yang sebenar.

    Melihat kepada perkara ini, tidak salah untuk kita menyatakan bahawa, DAP tidak layak untuk mengangkat demokrasi sebagai pegangan dan menyelar pihak lain sebagai tidak terbuka. Lihat sahaja bagaimana berkuasanya dinasti Lim di dalam DAP dan lihat sahaja bagaimana CEC parti ini sendiri penuh dengan kepura-puraan dengan penipuan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Inilah Parti Autokratik Dan Penuh Keegoan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top