Piala Dunia akan diperkembangkan kepada 48 pasukan bertanding berbanding 32 sebelum ini menurut FIFA yang membuat keputusan, hari ini. Peringkat awal saingan akan menampilkan saingan 16 kumpulan terdiri tiga pasukan yang akan mara ke peringkat kalah mati untuk saingan 32 apabila perubahan dilakukan untuk kejohanan 2026.
Badan induk pentadbir bola sepak antarabangsa itu menerima undian sebulat suara yang mahukan perubahan dilakukan sewaktu pertemuan diadakan, di sini. Jumlah perlawanan pada kejohanan itu akan meningkat kepada 80 berbanding 64 sebelum ini tetapi juara (pemenang sebenar) masih tetap akan bermain tujuh perlawanan.

Bercakap pada sidang media sukan di Dubai pada Disember lalu, Infantino berkata perubahan baru itu akan memberi manfaat kepada "pembangunan bola sepak di serata dunia".
Menurut kajian dilakukan oleh FIFA, pendapatan dijangka meningkat kepada £5.29 bilion (RM29 bilion) dalam kejohanan membabitkan 48 pasukan dan bakal memberikan potensi keuntungan meningkat kepada £521j (RM2.8 bilion).
0 comments:
Post a Comment