My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 January 2017

    Ucapan Perpisahan Obama Di Chicago




    Barack Obama menutup tirai sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) menerusi ucapan perpisahan di Chicago semalam yang berusaha membangkitkan semula semangat penyokongnya susulan kemenangan mengejut Donald Trump. 

    Perjalanan terakhir Obama menaiki pesawat rasmi, Air Force One membawa beliau kembali ke Chicago, bandar raya angkatnya di mana beliau akan menyampaikan ucapan terakhirnya, tidak jauh dari lokasi beliau berucap selepas menerima jawatan Presiden AS lapan tahun lalu.

    Penyokong setia Obama yang kebanyakannya terdiri daripada warga AS berketurunan Afrika tidak mempedulikan cuaca sejuk untuk mendapatkan tiket percuma yang kini dijual pada harga lebih AS$1,000 sekeping di laman web pengiklanan Craigslist untuk menghadiri perhimpunan tersebut. 

    Wanita Pertama, Michelle Obama, Naib Presiden AS, Joe Biden dan isterinya, Jill Biden dijadualkan turut serta pada majlis itu. Dengan sokongan sekitar 55 peratus rakyat AS, Obama berharap dapat mempersiapkan mereka untuk cabaran yang mendatang melalui ucapan tersebut.

    Ketua penulis ucapan Obama, Cody Keenan berkata, ucapan itu tertumpu kepada visi Obama tentang hala tuju AS selepas beliau berundur. “Ia bukannya ucapan anti-Trump, ia bukannya ucapan populis ataupun menghasut. Ia adalah ucapan seorang negarawan tetapi jujur,” katanya.

    Politik cara baharu Trump, 70, mengakibatkan perancangan Obama, 55, menjadi tidak keruan. Beliau yang semakin lantang mengkritik Trump bagaimanapun berjanji proses penyerahan kuasa kepada Pre­siden baharu itu pada 20 Januari ini akan berjalan dengan lancar.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ucapan Perpisahan Obama Di Chicago Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top