Seorang lelaki kelmarin melalui episod menakutkan dalam hidupnya apabila tiga lelaki yang menyimpan dendam terhadapnya bertindak menyerangnya dengan parang dalam satu kejadian di Stampin Baru Resettlement di sini.
Ketika kejadian pukul 5.30 petang itu, lelaki yang berusia 50-an yang sedang menonton televisyen dikejutkan dengan dua suspek yang menceroboh rumahnya dengan bersenjatakan dua bilah parang. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain.
“Terkejut dengan kehadiran suspek, mangsa cuba keluar dari rumahnya meminta bantuan jirannya. Namun, malang baginya apabila seorang lagi suspek yang menunggu di dalam sebuah kereta jenis Myvi terus memecut kenderaannya sebaik ternampak mangsa berada di atas jalan raya.
0 comments:
Post a Comment