My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 13 January 2017

    Media Cetak Medium Iklan Paling Dipercayai



    Sesetengah orang mendakwa media cetak akan mati. Namun, sebagai wartawan, saya kurang setuju dengan dakwaan kumpulan berkenaan walaupun mereka mungkin betul. Jadi, ia sesuatu yang menggembirakan apabila mengetahui masih ada pengguna yang menghargai media cetak, sekurang-kurangnya apabila ia membabitkan satu metrik penting. 

    Menurut satu kajian yang dijalankan pada Oktober 2016 oleh MarketingSherpa, 82 peratus daripada pengguna Internet di Amerika Syarikat (AS) masih mempercayai iklan media cetak ketika membuat keputusan pembelian, melebihi daripada medium lain.

    Setakat ini, dalam kajian yang sama carian paling tinggi dalam format secara dalam talian, pencarian iklan hanya menunjukkan sebanyak 61 peratus manakala hanya 25 peratus rakyat AS mempercayai iklan secara ‘pop-up’. Pertumbuhan dan perkembangan media digital pada dekad lalu memberikan hasil yang mengejutkan.

    Stesen televisyen dan syarikat akhbar berterusan kehilangan hasil pengiklanan disebabkan kehadiran media digital, namun kedua-dua platform tradisional itu masih mengekalkan kadar kepercayaan yang tinggi berbanding segmen secara dalam talian yang lain.

    Malah, kempen menerusi surat biasa dan radio, dua media yang kini dianggap antik masih menerima keyakinan tinggi daripada pengguna, masing-masing 76 dan 71 peratus berbanding iklan mudah alih atau gegantung (banner) dengan masing-masing hanya mendapat 39 peratus. Selain itu, trend lain yang menarik perhatian adalah kredibiliti bawah purata bagi kiriman artikel yang ditaja.

    Pada musim luruh ini, Contently dengan kerjasama The Tow-Knight, Pusat Keusahawanan Kewartawanan di CUNY menjalankan kajian mendalam terhadap persepsi pengguna pengiklanan asal dan kesannya ke atas kepercayaan penerbit.

    Hasilnya, kami mendapati 54 peratus daripada responden berasa tertipu dengan kandungan yang ditaja pada masa lalu, manakala 43 peratus hilang kepercayaan terhadap penerbit yang mempunyai pengiklanan asal daripada jenama tidak boleh dipercayai.

    Bagaimanapun, apabila penerbit yang dipercayai menyiarkan kandungan iklan daripada syarikat yang dipercayai, kepercayaan pengguna meningkat 41 peratus. Maka, kunci paling utama adalah ketelusan melalui pelabelan yang jelas dan pengkisahan yang jujur. Ketelusan dan kejujuran adalah kunci utama bagi mewujudkan kepercayaan bagi semua format pengiklanan.

    Andai strategi pengiklanan lama sudah semakin pudar, maka pemasar digital perlu mencari jalan untuk meningkatkan kepercayaan sebelum pengguna memilih jalan lain yang lebih baik.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Media Cetak Medium Iklan Paling Dipercayai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top