My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 January 2017

    Penduduk Di Sabah Rasai Gegaran Ekoran Gempa Bumi Di Selatan Filipina



    Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Ritcher berlaku di Perairan Celebes di kawasan Tabiauan, selatan Filipina kira-kira 466 kilometer dari Semporna, Sabah, petang semalam. Berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku pukul 2.13 petang dan turut dirasai oleh penduduk negeri ini. 

    Malah, suasana panik dan kecoh berlaku di beberapa bangunan kerajaan termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Yayasan Sabah di bandar ini apabila orang ramai bertempiaran lari mengosongkan bangunan sebaik sahaja merasai gegaran selama kira-kira 10 saat.

    Pihak berkuasa turut mengarahkan para pekerja di bangunan-bangunan tersebut keluar dan berkumpul di kawasan lapang sebagai langkah keselamatan. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat beberapa keretakan pada bangunan-bangunan tinggi dipercayai akibat gegaran.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penduduk Di Sabah Rasai Gegaran Ekoran Gempa Bumi Di Selatan Filipina Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top