Antara elemen terpenting yang sentiasa dinilai oleh para pelancong luar terhadap tahap kemajuan sesebuah negara adalah faktor penyediaan pengangkutan awam yang terbaik. Boleh dikatakan, sektor ini adalah elemen terpenting bagi menilai tahap efisyensi dan keadaan sesebuah negara kerana sektor ini adalah cerminan buat negara.
Andai kita pergi keluar negara terutamanya negara-negara maju, antara yang paling dititik beratkan adalah pengangkutan awam. Menyedari akan pentingnya pengangkutan awam ini, kerajaan telah bertindak menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) bagi menjaga mutu dan kualiti pengangkutan awam di Malaysia.

Jika dahulu, apabila kita memasuki sesebuah kenderaan awam, antara perkara yang disajikan adalah tahap kebersihan pengangkutan awam seperti bas dan teksi begitu menyedihkan. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu tanggungjawab utama SPAD bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku lagi disaat negara sedang menuju negara maju pada tahun 2020.
Menurut sumber dalaman SPAD, antara sektor yang kini diberi perhatian serius adalah perkhidmatan teksi bandar yang boleh dikatakan, hampir setiap bulan, ada sahaja aduan yang diterima oleh SPAD. Antara aduan yang diterima adalah tahap kebersihan dalaman teksi, mengenakan tambang tanpa menggunakan meter serta pemandu merokok semasa membawa penumpang.

Oleh yang demikian, menurut sumber ini lagi, adalah diharapkan supaya semua pihak terutamanya para pemandu teksi di ibu kota, dapat mengubah tabiat mereka. Ianya bukan sahaja menjaga imej negara, malah ianya juga turut mampu melonjakkan pendapatan seseorang pemandu teksi dan pengangkutan awam yang lain.
0 comments:
Post a Comment