My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 February 2017

    Bernhardt Serah FAM Tentu Masa Depan



    Pengendali skuad Bawah 22 (B-22) tahun negara, Frank Bernhardt menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menentukan kedudukannya biarpun kontraknya hanya akan berakhir sebaik tamat saingan Sukan SEA di Kuala Lumpur, Ogos ini. 

    Beliau mahu FAM yang melantiknya ke jawatan itu pada Disember 2015 lalu, menilai terlebih dulu semua aspek sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun, Bernhardt menekankan sekiranya dari awal beliau mendapat kerjasama baik semua pasukan negeri dan kelab untuk melepaskan pemain bagi latihan sepenuh masa, mungkin masalah tidak akan timbul.

    “Sebab itu saya mahu adakan latihan secara tetap untuk tempoh panjang namun sehingga kini kami masih gagal mendapatkan kerjasama pasukan dalam liga tempatan. Banyak perancangan saya ditolak sebelum ini, antaranya mahu pasukan diberi pendedahan dengan beraksi dalam liga domestik. Kemudian, saya ingin menjalankan latihan sepenuh masa juga mendapat tentangan.

    “Apa lagi yang boleh saya lakukan. Mujur tempoh tiga bulan bermula Mei ini saya dibenarkan untuk bersama pasukan secara tetap dan saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya kepada media.

    Menerusi laporan akhbar ini semalam, kedudukan bekas pengendali skuad remaja Estonia itu dikatakan berada dalam ‘bahaya’ susulan beberapa keputusan mengecewakan termasuk kekalahan 0-3 kepada B-22 Vietnam, Selasa lalu.

    Difahamkan jawatannya itu bakal diisi jurulatih tempatan dengan sasaran wajib memastikan ibu segala pingat dimenangi apabila negara menjadi tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu.

    Jelasnya, buat masa ini beliau akan terus membimbing pasukannya selagi khidmatnya diperlukan FAM dan meneruskan tugasnya sebaik mungkin untuk mempersiapkan pasukan negara menghadapi saingan Sukan SEA.

    “Saya masih mempunyai kontrak dan akan mematuhinya. Ini bukan masanya untuk saya memikirkan soal (berundur) ini. “Saya akan menggalas tugas itu dan berundur apabila kontrak tamat,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bernhardt Serah FAM Tentu Masa Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top