My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 12 February 2017

    Lelaki Penggal Kepala Rakan Kesayangan Bos



    Hanya kerana cemburu dengan rakan sekerjanya yang menjadi ‘anak emas’ bos, seorang lelaki Bangladesh bertindak memenggal leher kawannya sehingga putus dalam kejadian di sebuah tapak projek pembinaan pangsapuri di Alam Jaya, Jeram di sini Khamis lalu. 

    Dalam kejadian pukul 4 petang itu, badan mangsa, Polaus Kumar, 29, ditemui tersangkut di atas besi perancah di tingkat 10, manakala kepalanya pula berada di atas lantai tingkat satu pangsapuri berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah (gambar kecil) berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa yang juga warga Bangladesh dipercayai ditetak dengan senjata tajam di tingkat 11.

    Katanya, suspek kemudian cuba menolak mayat mangsa melalui tingkap tetapi tersangkut di perancah tingkat 10.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Penggal Kepala Rakan Kesayangan Bos Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top