My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 2 February 2017

    Parti Komponen BN Sambut Baik, Sokong Pemilihan Jamilah


    Pemilihan balu bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem iaitu Datuk Amar Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Tanjong Datu disambut baik dan mendapat sokongan penuh daripada parti komponen BN yang lain. 

    Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, pemilihan Jamilah adalah satu keputusan dan pilihan terbaik kepada BN bagi mengadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi berkenaan.

    “Ia satu pemilihan baik kerana beliau mempunyai pengalaman dalam politik, sebelum ini saya berasa bimbang jika beliau tidak mahu menerima tawaran tetapi memandangkan kini beliau menerima, ia adalah yang terbaik.

    “Selain itu, saya percaya dengan ada anak-anaknya yang membantu dan mengikut beliau (Jamilah) sepanjang berkhidmat nanti, beliau boleh menjadi mentor kepada mereka yang mungkin mahu mengambil alih nanti,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas pengumuman calon BN bagi DUN Tanjong Datu oleh Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di ibu pejabat PBB di sini, semalam.

    Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Jamilah bahkan boleh menjadi contoh serta guru yang baik kepada anak-anaknya yang berminat dalam politik.

    Sementara itu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian ketika ditemui berkata, partinya menyokong sepenuhnya Jamilah sebagai calon BN di Tanjong Datu dan beliau mempunyai pengalaman dalam politik. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan itu, Jamilah selama ini turut diiktiraf sumbangannya dalam politik.

    “Beliau amat rajin turun padang dan merupakan ahli politik cemerlang. Maka itu kami yakin pada Pilihan Raya Kecil nanti jika ada pertandingan beliau mampu mendapat sokongan padu daripada rakyat Tanjong Datu.

    “Kita dimaklumkan di kawasan Tanjong Datu, dianggarkan mempunyai lebih 1,000 pengundi Cina dan dengan ini saya menyeru kepada mereka untuk mengundi beliau (Jamilah),” katanya.

    Dr Sim berkata ia bagi meneruskan legasi Tok Nan yang telah membawa banyak perubahan dan pembangunan di Tanjong Datu walaupun hanya dalam tempoh yang singkat. Tanjong Datu kini kata beliau telah menerima perubahan yang pesat di mana banyak projek telah berjaya disiapkan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Parti Komponen BN Sambut Baik, Sokong Pemilihan Jamilah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top