Perlawanan Liga Super Kelantan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV pada Sabtu ini ditunda kepada satu tarikh lain.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor berkata, penundahaan itu untuk memberi laluan kepada JDT memberi tumpuan kepada kempen pusingan ketiga Kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL).
Katanya, JDT bakal bertemu Gamba Osaka di Stadium Bola Sepak Suita City, Jepun pada 7 Februari ini. "Disebabkan tarikh terlalu dekat, perubahan tarikh terpaksa dilakukan, mungkin boleh menganggu rentak permainan mereka jika tidak diubah.
"Oleh itu KAFA kini menyerahkan kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLPP) untuk menetapkan tarikh baharu bagi perlawanan itu," katanya di sini, hari ini.
Ia adalah kali kedua selepas perlawanan pertama membabitkan pasukan Kelantan menentang Melaka United pada 21 Januari lalu juga ditangguh akibat padang Stadium Sultan Muhammad ke IV digenangi air.
0 comments:
Post a Comment