Seorang rakyat Malaysia yang dianggap sebagai perogol bersiri paling berbahaya di Kanada akan diusir pulang ke Malaysia Ahad ini setelah menjalani hukuman penjara selama 24 tahun.
Walaupun disabitkan dengan 19 kes serangan seksual pada tahun 1992, namun Selva Kumar Subbiah, 56, dipercayai telah memperkosa hampir 1,000 wanita di negara Amerika Utara itu. Dia yang menamatkan hukuman penjara pada 29 Januari lalu, diarahkan ditahan hingga Ahad ini dan akan dihantar pulang ke Malaysia dengan diiringi tiga pengawal Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada.
Selva Kumar didapati bersalah dalam dua perbicaraan berasingan lebih 20 tahun lalu kerana menggunakan ubat tidur ketika menyerang 30 wanita, namun bilangan sebenar mangsa dipercayai mencecah ratusan orang, demikian menurut keterangan pada perbicaraan itu.
Lelaki itu dikatakan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem atau penari profesional untuk memperdayakan mangsanya.
“Seramai 500 hingga 1,000 wanita mungkin telah diserang,” kata peguam yang mewakili Agensi Perkhidmatan Sempadan Kanada, Naima Karimullah. Fail jenayah Selva Kumar yang diletakkan di hadapannya pula kelihatan setinggi lebih 0.3 meter (satu kaki).
0 comments:
Post a Comment