Hari keenam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu hari menampakkan pergerakan kempen Barisan Nasional sudah memasuki fasa baru. Kelihatan, kempen Barisan Nasional di sini semakin agresif dengan kebanyakannya di lakukan oleh anak bongsu Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Azizul Adenan yang mendekati rakyat dari rumah ke rumah.
Tidak ketinggalan juga, calon STAR, Johnny anak Aput juga telah melancarkan manifesto pilihan rayanya di ibu pejabat STAR di Kuching, bukan di Tanjong Datu seperti kelaziman buat parti-parti yang bertanding. Berikut sedikit corat coret apa yang berlaku sepanjang hari keenam di Tanjong Datu.
1. Ramai yang ingin melihat dengan mata kepala sendiri tempoh kembang bunga Refllisia yang dikatakan sedang kembang di kaki Gunung Gading. Dikatakan, bunga berkenaan akan kekal berkembang sehingga Jumaat ini.
2. Tidak seperti kebanyakan tempat yang mengadakan Pilihan Raya Kecil, PRK DUN Tanjung Datu boleh dikatakan antara pilihan raya yang paling tenang sehingga saat ini. Tiada sebarang unsur-unsur negatif berlaku di kawasan ini dan ianya kadang kala di lihat bukan seperti tempoh berkempen buat semua parti yang bertanding.
3. Ketenangan tempoh pilihan raya di sini sebenarnya telah memeningkan para petugas media. Ini kerana, tidak banyak berita yang mampu di hasilkan di sini memandangkan ketiga-tiga buah parti yang bertanding lebih banyak menumpukan kekuatan parti sendiri berbanding berkempen secara agresif.
4. Masih kedengaran lagi masalah kelembapan internet di kawasan ini. Perkara ini sebenarnya turut membelenggu ramai petugas media disini untuk menghantar berita masing-masing. Boleh dikatakan, semua petugas bertungkus lumus menyiapkan skop kerja masing-masing di Pusat Media Kementerian Penerangan sebelum jam 9 malam.
5. Seperti biasa, selepas jam 9 malam, gerai-gerai makan di sini akan diserbu oleh ramai pengunjung luar bagi menikmati suasana sejuk pada waktu malam di Lundu.
6. Sukar untuk di percayai apabila 3 longgok buah durian yang setiap longgok mempunyai 5 hingga 7 biji durian di jual pada harga Rm 50 sahaja di Pasar Lundu. Secara skeptikalnya, kita mengagak isinya tidak berapa baik, namun 85 peratus daripada buah berkenaan didapati mempunyai isi yang baik dan sukar untuk menemui isi yang tidak elok .
7. Pasar Lundu menyajikan pelbagai hasil tani original Sarawak seperti asam paya, barangan masakan, ubi kayu, petai dan sebagainya. Buah-buahan juga boleh di dapati di sini seperti buah rambutan, durian dan pelbagai lagi buah yang dijual pada harga yang cukup berpatutan.
8. Pemandangan puncak gunung Gading benar-benar menarik perhatian penulis sepanjang berada di sini. Sehingga kini masih belum ada kesempatan untuk melalui denai selama 3 jam setengah untuk sampai ke puncaknya. Namun, sebelum penulis menunggalkan DUN Tanjong Datu, kemungkinan besar penulis akan mendaki gunung ini bagi melengkapkan kunjungan penulis kesini.
0 comments:
Post a Comment