My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 9 February 2017

    #PRKTjgDatu : Jamilah Bukan Calon Bidan Terjun



    Pemilihan balu bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Puan Sri Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu dekat sini pada 18 Fe­bruari depan bukan dibuat secara bidan terjun oleh ke­pimpinan BN. 

    Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyifatkan Jamilah merupakan calon yang tepat kerana beliau mampu merealisasikan impian yang belum dicapai oleh Allahyarham Adenan semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

    “Bagi saya, dakwaan mengatakan beliau (Jamilah) ialah calon bidan terjun adalah tidak tepat kerana beliau merupakan antara individu yang paling dekat di hati pengundi kawasan Tanjong Datu. 

    “Justeru, saya percaya, beliau (Jamilah) merupakan calon yang boleh menang dan layak menggantikan tempat arwah Tok Nan sekali gus meneruskan legasi perjuangan suaminya,” katanya selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Jamilah di Damai Jaya, Santubong di sini kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRKTjgDatu : Jamilah Bukan Calon Bidan Terjun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top