Bahang kempen hari ketujuh untuk Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu semakin lama semakin hangat. Hari ketujuh kempen ini menyaksikan seluruh penyokong Barisan Nasional di Tanjong Datu menunggu apakah manifesto yang bakal di bentangkan oleh Barisan Nasional Sarawak bagi menentukan hala tuju kempen dan perjuangan BN di Sarawak.
Disamping itu, penduduk Tanjong Datu juga sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dijangka bakal merasmikan Medan Selera Lundu yang dijangka bakal berlangsung keesokan harinya.
Berikut merupakan corat coret hari ketujuh kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu.
1. Keheningan pagi pekan Lundu dipecahkan dengan kehadiran begitu ramai pengunjung luar yang menantikan majlis perasmian Manifesto BN Sarawak bagi DUN Tanjong Datu. Antara yang awal tiba di DUN ini adalah Datuk Haji Fadillah Yusof dan Pengarah Pilihan Raya N03 Tanjong Datu, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
2. Para petugas parti bergotong royong memasang sepanduk, banting, poster dan bendera Barisan Nasional dan PBB dan ini jelas telah memeriahkan suasana kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu.
3. Antara lokasi tumpuan di Lundu adalah pasar tani di sini. Kebanyakan petugas media dan VIP mengunjungi pasar tani bagi melihat sendiri aktiviti perniagaan yang dijalankan di pasar tani ini.
4. Setelah beberapa hari petugas media dilihat agak santai, hari ini kesibukan para petugas media terserlah apabila terpaksa mengikuti program yang diaturkan oleh BN. Pada jam 2 petang, Datuk Fadillah telah mengadakan sidang media mengenai kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu dengan diikuti perasmian manifesto BN di Dewan Masyarakat Lundu pada jam 4 petang.
5. Ketibaan para VIP yang terdiri daripada ADUN-ADUN BN seluruh Sarawak nyata telah menimbulkan perasaan teruja buat penduduk sekitar Lundu.
6. Siapa sangka rezeki datang berkunjung apabila di beritakan, Datuk Seri Shabery Cheek telah memberikan buah-buahan tempatan seperti jambu air, jambu batu, tembikai, limau dan durian kepada semua petugas media yang ada di sini. Seperti semut berjumpa gula, semua buah-buahan berkenaan habis dalam tempoh satu setengah jam sahaja.
7. Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah membuatkan para hadirin di Dewan Masyarakat Lundu terimbau saat-saat Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem memulakan ucapan dengan laungan hooo haaa dan uuu uuu.
8. Pekan Lundu seolah-olah tidak tidur semalam apabila mereka begitu sibuk menguruskan persiapan menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Malah, beberapa raptai turut dilakukan supaya majlis berkenaan berjalan dengan lancar.
9. Deretan gerai-gerai makan yang beroperasi sejak sekian lama di Lundu semalam secara rasminya diruntuhkan di saat para peniaga di gerai makan berkenaan berpindah ke Medan Selera Lundu. Apa yang menariknya, operasi membersihkan lokasi gerai berkenaan hanya dilakukan dalam tempoh 6 jam sahaja tanpa sebarang kekecohan berlaku.
0 comments:
Post a Comment