My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 9 February 2017

    Untung Sebelum Cukai Maxis RM2.74b



    Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM2.74 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM2.46 bilion diperoleh pada tempoh sama sebelumnya. Perolehan penyedia perkhidmatan komunikasi dan Internet juga naik kepada RM8.61 bilion daripada RM8.60 bilion pada tahun sebelumnya. 

    Bagi suku keempat saja, Maxis mencatatkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi iaitu RM504 juta berbanding RM468 juta tempoh sama pada 2015 manakala perolehan pula menokok kepada RM2.214 bilion daripada RM2.176 bilion.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Morten Lundal berkata, 2016 adalah tempoh mencabar, namun tetap menjadi tahun yang baik untuk syarikat. “Walaupun persaingan sengit dari segi harga di pasaran, kami mencatatkan prestasi yang baik dengan memberi tumpuan kepada tawaran nilai menarik yang unik.

    “Pelanggan kami kini menikmati gabungan data yang banyak pada harga menarik di rangkaian terbaik dan kami berbangga untuk kepuasan pelanggan tertinggi. Secara keseluruhan, tahun lalu mencatatkan perkembangan yang baik dengan momentum positif menuju 2017,” katanya.

    Pada 2016, Maxis terus meningkatkan perolehan, keuntungan dan bahagian pasaran disokong perolehan purata lebih tinggi bagi setiap pengguna, penggunaan 4G yang kukuh, penggunaan data yang teguh serta rangkaian 4G LTE menerajui industri.

    Maxis melabur RM1.2 bilion untuk perbelanjaan modal bagi meningkatkan kapasiti dan liputan terutama dalam rangkaian 4G. Sementara itu, perolehan perkhidmatan bagi suku keempat Maxis naik 0.5 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM2.16 bilion dengan prestasi pascabayar dan prabayar yang kukuh.

    Menurut syarikat itu, perolehan prabayar kukuh pada RM1.02 bilion dengan Internet mudah alih memacu momentum manakala pascabayar mencatatkan perolehan RM1.004 bilion dengan pengambilan kukuh dipacu MaxisONE Plan dan Zerolution.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Untung Sebelum Cukai Maxis RM2.74b Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top